December 3, 2009

Info Produk Mandisplurge

Soalan : Adakah produk ini fruit-based, herbal-based atau apa?

Jawapan : Produk ini dirumuskan supaya setanding dengan Bodysho, Bath and Body dan jenama luar negara dan berasaskan buah-buahan, bunga-bungaan dan herba dan mengurangkan bahan kimia seperti Sodium Laureth Sulfat dan sebagainya yang boleh mengeringkan kulit dan kurang sesuai dengan cuaca di Malaysia. Produk ini juga diilhamkan supaya pengguna di Malaysia tidak perlu lagi membelanjakan wang mereka untuk membeli barangan luar negara dan boleh membantu kita mengkukuhkan ekonomi negara sendiri.

Soalan : Adakah produk ini sesuai bagi kegunaan bayi?

Jawapan : Produk ini TIDAK dirumuskan bagi kegunaan bayi atau kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Ini disebabkan kulit bayi dan kanak-kanak berbeza dari segi kelembapan dan tahap penyerapan cecair dan banyak faktor lain. Walaubagaimanapun oleh kerana bahan-bahan yang digunakan dalam produk Mandisplurge ini adalah berasaskan alam semulajadi dan bahan kimia telah dikurangkan, ia masih selamat ke atas kulit bayi dan sensitive. Sekiranya mereka mengalami alahan kulit atau terlampau sensitive, sila hentikan pemakaian produk ini serta-merta.

No comments:

Post a Comment